Sunday, November 20, 2011

Pahala Infaq


Allah s.w.t. berfirman dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam! Berinfaqlah, pasti Aku akan limpahkan kurniaanku kepadamu. Sesungguhnya 'Yaminullah' (gudang nikmat dan kelebihanNya), sangat penuh berlimpah ruah, tidak akan susut sedikitpun siang ataupun malam."
(Hadis qudsi riwayat Daraquthni dari Abu Hurairah r.a.)

Keterangan:
Allah memerintahkan hamba-hambaNya supaya berinfaq dan membelanjakan sebahagian rezeki yang telah dilimpahkanNya kepada fakir-miskin, orang-orang yang sangat memerlukannya dan untuk kebaikan dan manfaat orang ramai, dan janganlah kikir kerana takut kehabisan hartanya atau susut bilangan dan jumlahnya.

Sumber text: Hadis Qudsi oleh KHM Ali Usman et al.
Sumber imej: bumn.go.id

No comments: